Cara duit kita lesap kat ATM

31 08 2006
Saban hari kita baca dan dengar kat media tentang kehilangan wang simpanan mereka dari mesin ATM bank…perkara nie dah lama berlaku, tapi skrg alat yang digunakan semakin canggih… Walau sebagaimana canggih pun teknologi yang digunakan, ia pasti ada ‘loop hole’ sebab yang menciptanya adalah dari sepisis kita jugak…lain ler kalau alien yang cipta! kita hairan bagaimana mereka dapatkan no. kad bank kita dan juga no. PIN kita (yang pasti bukan ayah Pin yang ambil…hehehe! )

Mereka memasang alat ‘skimmer’ ini kat mesin ATM bank bagi mencuri ATM card number kita dan juga no. PIN. Biasanya mereka lakukan pada hujung minggu ataupun belah petang. Tempat pertama yang mereka pasang kat slot card bank dan satu lagi kat tepi mesin yang bertindak sebagai kamera wireless. Kamera dia nie kita tak akan perasan sebab bentuk dia seperti tempat letak leaflet yang kita jumpa kat mana mana bank kita pergi. Apabila kita masukkan kad kita, skimmer ini akan capture no. kad kita dan bila kita tekan no. pin kita, kamera tadi akan merakam kan nya…

Selepas pasang benda nie team penyanggak akan dok kat dalam kereta sekitar kawasan tersebut. Segala maklumat disalurkan secara wireless ke dalam kereta mereka dan akan transfer kepada kad plastik kosong. Sekarang mereka dah dapat pendua kad ATM kita…pas nie habislah duit ko orang semua!

skimmer di pasang kat hadapan card slot ATM bank.

Bila siap dipasang,nampak macam biasa ajer!

Kamera dilekat kat tepi. Anak panah menunjukkan kamera dia.

Nampak macam mesin ATM biasa kan…

So, pada sesiapa yang nampak mesin ATM macam nie, anda dilarang KERAS menggunakanya dan minta bantuan dari orang kat situ agar memanggil pegawai bank yang bertugas kat situ atau pun jaga bank. Sekiranya tak ada orang, gunalah henpone anda utk buat report ke bank. Jangan sekali kali meninggalkan tempat tersebut kerana di khuatiri alat tersebut akan dicabut dan dilarikan olih mereka.

Advertisements

Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: